Wednesday, April 4, 2007

keberkesanan pengajaran dalam konteks pendidikan seni visual

KEBERKESANAN PENGAJARAN DALAM KONTEKS PENDIDIKAN SENI VISUAL

nota ini khas untuk pelajar seni visual tahun 2. kalau kamu ada nota yang ingin dikongsikan, poskan sahaja di sini

Pendahuluan
Isu mengenai keberkesanan pengajaran diperkatakan dan dikaji oleh penyelidik sejak bertahun-tahun lamanya. Contohnya, Cattell telah melihat pengajaran yang berkesan itu tertumpu kepada guru. Mengikutnya guru yang berkesan itu mesti mempunyai lima ciri:
1. Personaliti
2. Inteligen
3. Simpati
4. Berfikiran terbuka
5. Mempunyai unsur-unsur jenaka

Dalam tabun-tahun 1960-an lebih banyak lagi penyelidikan telah dibuat mengenai pengajaran yang berkesan. Tetapi kajian tersebut masih lagi menumpukan kepada guru dan bukannya fenomena bilik darjah. Kes yang sama juga berlaku dalam tahun 1980-an. Penyelidikan mengenainya hanyalah sebagai kotak hitam yang tidak langsung melihat dalam bilik darjah (Mc Namara, 1980). Penyelidikan Mengenai Keberkesanan Dekad-dekad selepas 1980-an memperlihatkan kecenderungan penyelidik melihat bilik darjah sebagai asas kepada kajian keberkesanan. Misalnya Mc Namara (1980) menjelaskan keberkesanan bertumpu kepada konteks, proses dan produk.

Konteks
Proses
Produk

Ingatan jangka pendek dan jangka panjang








Terdapat banyak kritikan yang menyatakan rumit untuk membuat kesimpulan yang menyatakan pencapaian tinggi menunjukkan ia berkesan atau pencapaian rendah menunjukkan tidak berkesan.


Laporan Coleman(1966) dan hubungannya dengan keberkesanan

Isu keberkesanan sekolah mula mendapat perhatian apabila Profesor James S. Coleman daripada Universiti John Hopkin, Amerika Syarikat menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai "The Equality of educational Opportunity Report” atau Laporan Coleman. Laporan ini hasil tinjauan penyelidikan ke atas perkara ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Kajian tinjauan yang dijalankan ke atas perkara itu memakan masa dua tahun yang melibatkan 645,000 pelajar, 20,000 orang Negro, Puerto Rican, Indian Amerika, Mexican Amerika, Oriental Amerika dan kumpulan berkulit putih menjadi sampelan kajian. Kajian yang luas dan besar ini bertujum menghasilkan laporan tentang kekurangan peluang pendidikan yang sama kepada individu-individu dari pelbagai bangsa, warna kulit, agama dan negara asal di semua peringkat institusi-institusi pendidikan awam Amerika Ayarikat.

Laporan Coleman juga telah menarik perhatian pengkaji dan penyelidik membuat kajian-kajian berhubung dengan keberkesanan sekolah. Kemudian daripada itu lahirlah model-model keberkesanan sekolah antaranya :

1. Model Sackney (1986)
2. Model Mortimore
3. Model Collaborative School Management Cycle oleh Caldwell dan Spink, 1988.


Kajian keberkesanan sekolah ini melibatkan kajian-kajian terhadap kepimpinan sekolah, guru, sekolah, pengajaran dalam bilik darjah, fenomena bilik darjah, hubungan sekolah dan institusi luar, kurikulum sekolah dan kokurikulum sekolah serta perkara-perkara lain.

Pengajaran Pendidikan Seni

Esei ini akan cuba melihat pengajaran pendidikan seni yang berkesan dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, sangat wajar dijelaskan maksud pengajaran yang berkesan serta kajian-kajian yang tela.h dibuat. Terdapat kajian yang melihat pengajaran berkesan mestilah diukur dari segi apa yang berlaku terhadap "outcomes" atau "output" lebih daripada proses. Ada juga yang melihat tingkah laku manusia yang boleh diukur. Model Mc Namara(1980) misalnya menekankan tiga aspek iaitu
a. konteks
b. proses
c. produk bagi melihat keberkesanan sesuatu pengajaran.

Aliran baru telah mengemukakan cadangan yang baru iaitu penyelidikan dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tindakan langsung diambil bagi melihat keberkesanan pengajaran. Kajian seperti ini dipanggil "Action-Research'. "Action-Research' dilakukan oleh guru sendiri dalam kelas bertujuan untuk meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran. Perlunya "Action-Research' disebabkan

1. Lebih realistik
2. Lebih berakar umbi
3. Lebih menyelesaikan masalah
4. Boleh dilakukan berterusan

Kajian yang dibuat oleh Maznah Ismail (1992) terhadap ciri-ciri guru yang berkesan mendapati kecekapan pengajaran dan personaliti guru merupakan aspek penting dalam keberkesanan guru. Ada tiga model bagi pemildran terhadap pengajaran yang berkesan.

Model 1:

Teaching
Surface of analysis
Maximing Active Learning Time (ALT) and the Quality of Instruction (QI)
Pupil Learning






Model 2:
A Psychological Level of analysis

Psycological concepts Principles and process Examples attention, Memory, transfer, Reinforment
Teaching
Pupil






Model 3
Pedagogical (Craft of Teaching)
Level of analysis

Presentation, Content, monitoring, Evaluation
Teaching
Teacher Pupils Perception

.Perception

.Strategies

.Behavior
General teaching skill being audible managing pupils and activities
Pupil Learning








Walter Dick dan Robert A. Reiser dalam bukunya Merancang Pangajaran yang Efektif (Terjemahan, 1996) telah menyediakan satu model untuk membina pengajaran efektif


Menganalisis Ciri-ciri Pelajar





Menetapkan
Menulis
Objektif
Membentuk
Membentuk aktiviti pengajaran
Memilih media pengajaran
Melaksanakan
Memilih/ mengkaji semula
Menyemak









Mengikut beliau pengajaran yang efektif mestilah mengandungi beberapa aspek penting:
1. pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan
2. Memperolehi sikap yang telah ditentukan.
3. Sikap terhadap pelajaran bertambah.
Dalam konteks pendidikan seni adakah model-model itu boleh digunakan? Model-Model pengajaran tersebut memang digunakan untuk sebarang mata pelajaran. Ini bermakna ia juga boleh digunakan untuk subjek pendidikan seni.

Kita cuba melihat kemungkinan model lain khusus untuk pendidikan seni yang ditulis oleh penyelidik yang pakar dalam pendidikan seni yang mungkin mempunyai kelainannya. Ini disebabkan subjek ini lebih menjurus kepada bidang amali dan teori. Model yang dikemukakan oleh Laura H. Chapman dalam bukunya Approaches to Art In Education boleh dipakai dalam konteks dan proses pembelajaran pendidikan seni.


Model Proses Artistik: Phase And Approaches

Phase Approaches

Execution in a medium
Inception of an Idea
Elaboration
§ Nature and the constructed environment
§ Inner feelings, imagination
"ainan ex2rcience

§ Observation, visual study
§ Change of work habits
§ Exploration of meaning
§ Symbolism


§ Control
§ Adaptation
§ Selection
§ Experimentation

















Sebelum menggunakan model-model untuk perbincangan selanjutnya, sewajarnya kita perlu mengemukakan pandangan tokoh-tokoh pendidikan seni mengenai beberapa prinsip, strategi atau ciri-ciri pengajaran pendidikan seni yang berkesan. Keith Gentle (1985) telah mengemukakan 5 strategi pengajaran pendidikan seni yang berkesan.

1. Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan menyeronokkan yang membolehkan berkongsi idea serta boleh bercakap mengenainya.
2. Memahami dan menghormati idea, penerangan dan pemahaman pelajar-pelajar
dengan cara mendengar melihat dan memberi maklum balas.
3. Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri kita dan belajar dari mereka
melalui cara yang berbeza.
4. Adalah sangat penting melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka sedang menjalankan aktiviti amali di samping membantu mereka secara individu atau kumpulan.
5. Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar hasilkan melalui pendekatan dan
personaliti mereka sendiri.

Mengikut Sergiovanni, 1987 ciri-ciri pengajaran yang berkesan adalah seperti berikut:
I . Baiki pencapaian ujian
2. Baiki kehadiran
3. Pada umumnya tambah jumlah penulisan, latihan rumah mengikut umur pelajar.
4. Tingkatkan jumlah pengajaran bagi mata pelajaran tertentu.
5. Melibatkan masyarakat dan ibu bapa dalam pengajaran dan pembelajaran.
6. Pengiktirafan kepada pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
7. Hadiah dan pengiktirafan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.
8. Sokongan berkualiti kepada pelajar yang memerlukan keperluan khusus.

Manakala Emmer (1987) dan Arlin (1979) mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran:
1. Kurangkan gangguan dan arahan.
2. Mula dan akhiri aktiviti secara kumpulan
3. Pastikan pelajar-pelajar tahu apa yang sepatutnya mereka akan lakukan.
5. Berfikir melalui setiap pembelajaran yang berlaku di kalangan pelajar agar setiap
masalah dapat diatasi.
5. Sentiasa bersedi'a untuk mengalih perhatian dan tingkah laku pelajar terutamanya
bila setiap masalah boleh diatasi.
6. Jangan biarkan pelajar menunggu guru dengan reputasi yang kurang memuaskan.

Dengan menggunakan pendekatan eksperimental, Anderson dan Evertson Brophy (1982) telah menggariskan prinsip-prinsip pengajaran yang berkesan iaitu:
1 . Mengekalkan pengajaran dan pembelajaran yang aktif yang menekankan
kandungan melalui pengurusan bilik darjah.
2. Gunakan ujian dan soalan agar pelajar-pelajar sentiasa tahu standard mereka.
3. Menyediakan peluang untuk membaca dan menjawab soalan yang telah
diberikan.
4. Menguasai kemahiran tertentu ke arah tahap pembelajaran yang lebih tinggi.
5. Memantau kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar dalam bilik darjah dengan
cara yang lebih berkesan.

Manakala Barak Rosenshine (1986) telah mengemukakan 6 prinsip ke arah pengajaran yang berkesan antaranya:
1 . Menyediakan ulasan setiap hari.
2. Mempersembahkan bahan pengajaran yang baru.
3. Membimbing latihan-latihan amali.
4. Menyediakan mahum balas dan pembetulan.
5. Menyediakan latihan yang bersifat 'independent'.
6. Menyediakan ulasan bulanan dan mingguan.


Terdapat cadangan yang dikemukakan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran pendidikan seni dalam bilik darjah antaranya:

1 . Mengekalkan relevensi antara tingkah laku guru dan objektif tingkah laku.
2. Membimbing pelajar-pelajar yang lemah dengan menyediakan soalan-soala yang
berbeza dengan latihan amali yang berbeza.
3. Menguruskan akauntabiliti melalui pameran hasil karya bagi memudahkan
penilaian.
4. Menseimbangkan terminologi yang konkrit dan abstrak.
5. Gunakan contoh atau model yang tepat.
6. Berikan definisi, contoh-contoh dan label-label konsep.
7. Gunakan analogi antara bahan yang baru atau bahan yang mereka telah gunakan
bagi mengurangkan perbezaan.
8. Mengemukakan soalan bagi menggalakkan pelajar mengaplikasi, menganalisa,
mensintesis dan membuat penilaian.
9. Meningkatkan kebolehan dan kemahiran membaca bagi menggalakkan tabiat
membaca di luar sekolah.
10. Menggalakkan pelajar memanipulasi bahan bagi menghasilkan idea yang baru.
11. Meningkatkan usaha eksperimentasi di kalangan pelajar terhadap media dan alat
bertujuan menghasilkan produk baru.
12. Menggalakkan proses kreativiti di kalangan pelajar dengan meneroka idea mereka.

Model Proses Artistik yang dikemukakan oleh Laura H. Chapman seperti yang telah dijelaskan di atas boleh dijadikan asas kepada perbincangan mengenai keberkesanan pengajaran pendidikan seni.

Fasa pertama dalam model ini ialah " Pengenalan kepada idea". Beberapa pendekatan boleh dilakukan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni, antaranya memperkenalkan idea-idea yang tertentu dalam proses membina artistik di kalangan pelajar. Pendekatan ke arah memahami alam semulajadi serta membina perhubungan dengan alam sekitar merupakan pendekatan awal yang boleh dilakukan oleh guru untuk menggalakkan pelajar-pelajar mengenali hakikat dirinya dan hubungannya dengan alam. Selepas itu barulah guru menegaskan kepada pelajar-pelajar aspek perasaan dalaman dan imaginasi dalam karya. Ini boleh dilakukan dengan meminta pelajar mentaakul dan merenung apa yang ada pada alam dan apa yang telah berlaku terhadap alam. Sensitiviti pelajar terhadap alam akan memberi banyak sumber idea kepada penciptaan hasil karya. Karya-karya tersebut mungkin dalam bentuk:
1. Catan lanskap
2. Arca bertema alam
3. Catan figura
4. Catan figura dan lanskap

Pendekatan ketiga yang boleh dilakukan guru dalam fasa yang pertama ini meminta pelajar-pelajar memastikan atau mengikut arahan memenuhi tema-tema universal yang beriaku dalam persekitaran manusia. Tema-tema yang berkaitan dengan manusia dan kemanusiaan misalnya:
§ kasih sayang
§ kemiskinan
§ peperangan
§ penindasan
§ pendidikan

Merupakan tema-tema universal yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan bimbingan guru dalam menghasilkan pelbagai jenis karya antaranya:
§ Catan
§ Arca
§ Fatografi
§ Cetakan
§ Asemblaj
§ Grafik
§ Ukiran
§ Corak
§ Tekstil
Melalui bidang-bidang tersebut yang merupakan sebahagian daripada kurikulum pengajaran pendidikan seni akan membiasakan pelajar-pelajar membina stail atau gaya tersendiri yang kreatif sebagaimana yang dijelaskan oleh Chandler Monstgomery dalam bukunya Art for Teacher of Children:
Now, as certain parts of the curriculum become more effectively Programmed for impersonal training in correet performance, other nparts which emphasize personal perception and creative construction Must be greatly strengthened nad enriched.

Pendekatan yang kelima ialah menggalakkan pelajar-pelajar mengaplikasi pengalaman harian mereka dalam menghasilkan apa juga karya. Ini adalah merupakan pendekatan yang mudah. Guru-guru boleh mencungkil perigalaman lampau dan harian melalu
§ Perbincangan
§ Bercerita
§ Soal jawab
§ Simulasi
§ Sumbangsaran
Pengalaman lampau dan pengalaman harian pelajar boleh ditafsirkan seperti berikut:


Pengalaman diri sendiri yang berkaitan dengan soal-soal personaliti seperti:
§ Mimpi
§ Kasih sayang
§ Cita-cita
§ Harapan

Pengalaman bersama keluarga mungkin terlalu banyak yang boleh dikemukakan antaranya:
§ Kasih sayang
§ Gotong royong
§ MenontonTV
§ Makan sekeluarga
§ Lawatan
Pengalaman di sekolah merupakan pengalaman yang penuh dengan situasi pendidikan formal, antaranya:

§ belajar di kelas
§ belajar di perpustakaan
§ sukan tahunan
§ aktiviti kelab
§ membersih bilik darjah
§ Hari Penyalnpaian Hadiah
§ PIBG
§ perkhemahan di kawasan sekolah
§ perhimpunan bulanan
§ situasi pendaftaran pelajar baru
§ suasana di kantin

Pengalaman harian seperti di atas boleh diterokai pelajar untuk menghasilkan karya-karya visual.


Pengalaman dalam kelompok masyarakat di luar sekolah boleh juga dijadikan idea penting kepada pelajar. Pengalaman yang mungkin agak terbatas tetapi penuh makna ini sering memberi kesan positif atau negatif kepada mereka. Antara pengalaman harian bersama masyarakat yang boleh diterokai adalah seperti berikut:

§ berkelah bersama rakan
§ memetik buah-buahan bersama rakan
§ memancing ikan
§ berbasikal
§ majlis hari lahir rakan
§ menolong orang-orang tua
§ sambutan Maulidur Rasul di masjid.

Fasa yang kedua dalam model ini ialah Fasa Penghuraian dan Penghalusan/pendetalian. Dalam fasa ini guru-guru boleh menggunakan beberapa kaedah yang sesuai untuk menjelaskan lagi beberapa idea penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang pertama dalam fasa ini ialah dengan menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian visual.

Kaedah ini menekankan tentang cara melihat sesuatu. Amatlah pelik kalau kita harus mengajar seseorang atau pelajar bagaimana cara melihat sebagaimana yang ditulis oleh K. Rowland dalam bukunya “Learning How To See”. Tetapi melihat dengan mata biasa akan menghasilkan imej biasa. Sebaliknya kalau melihat dengan cara yang berbeza akan menghasilkan imej yang luar biasa.

Pendekatan yang kedua dalam fasa penghuraian dan pendetailan ialah menukarkan kebiasaan bekerja. Pada umumnya dalam proses artistik, percubaan ke arah idea baru menyebabkan perlunya menukar kebiasaan bekerja kepada pelajar. Malahan tempat dan lokasi pun sering diubah bagi mendapatkan suasana dan 'mood' yang berbeza. Perubahan tersebut akan menghasilkan karya-karya yang dinamik yang meminta audien berfikir.


Pendekatan yang ketiga ialah penghuraian makna dan simbol. Pada peringkat ini guru cuba menerangkan dan menghuraikan malma dan simbol yang ada pada alam kepada pelajar. Fasa ini merupakan satu fasa yang agak kritikal. Pendedahan kepada makna dan simbol bermakna mengajak pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Merenung dan menaakul makna dan simbol yang ada pada alarn ini bertujuan mencari idea untuk diterjemahkan dalam bentuk seni visual. Beberapa kaedah boleh dilakukan oleh guru untuk memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar, antaranya:

§ Kaedah perbincangan
§ Kaedah inkuiri
§ Kaedah penyelesaian masalah
§ Kaedah pemerhatian

Kaedah perpustakaan:
Melaui kaedah ini pelajar dapat mengesan makna dan simbol. Pelajar-pelajar digalakkan mencari seberapa banyak makria dan simbol yang diperolehinuya serta mencatatkan dalam buku nota. Antara makna yang boleh dicari ialah:
§ Makna warna
§ Makna perspektif
§ Makna ruang
§ Makna reka bentuk
§ Makna bentuk
§ Makna rupa
§ Makna jalinan
§ Makna garisan
§ Makna estetika
§ Makna keseimbangan
§ Makna kontra
§ Makna ketegangan
§ Makna kesatuan
§ Makna harmoni
Semua ini adalah terminologi seni yang dianggap sebagai laras bahasa tampak yang mesti difahami dan dikuasai pelajar pendidikan seni. Pengajaran pendidikan seni akan lebih berkesan sekiranya setiap pelajar dapat memberikan contoh produk pendidikan seni yang dihasilkan oleh seniman mengikut kronologi sejarah. Misalnya makna perspektif dalam karya Leonardo DaVinci seperti The Last Supper. Makna warna dalam karya-karya Ekspressionis Syed Ahmad Jamal seperti "Gunung Ledang"
Manakala simbol pula boleh dilihat pada setiap objek ciptaan manusia dan ciptaan Allah s.w.t, antaranya:
§ simbol keris dalam budaya Melayu
§ simbol bulat
§ simbol segitiga
§ simbol segiempat
§ simbol matahari
§ simbol bulan
§ simbol gunung
§ simbol awan
§ simbol mata
§ simbol warna
§ simbol jantina
§ simbol bunga
§ simbol tulisan
§ simbol tangan
Penggunaan makna dan simbol ini sangat penting dalam percubaan seniman menghasilkan karya-karya seni dalam bentuk 2D atau 3D. Pelajar-pclajar boleh belajar bagaimana seniman menggunakan makna dan simbol dalam pengucapan ekspresif.

Pendekatan yang keempat dalam fasa yang kedua ialah perimbangan mengenai tujuan dan maksud. Pendekatan ini meminta pelajar mengkaji apakah tujuan dan maksud sesuatu karya itu dihasilkan. Peranan guru adalah membimbing pelajar ke arah memahami sesuatu karya itu dihasilkan oleh seniman, budaya dan masyarakat. Misalnya:

1. Penciptaan patung-patung di kalangan masyarakat jahiliah Arab atau masyarakat orang Asli.
2. Ukiran-ukiran di dinding rumah Tradisional Melayu.
3. Bentuk Meru sebagai bumbung Masjid Tradisional di Alam Melayu.

Memahami tujuan dan maksud penciptaan bermakna pelajar didedahkan dengan hasrat dan cita-cita sesuatu budaya dan masyarakat tersebut, ia juga memberikan gambaran awal tentang tamadun sesuatu bangsa. Pelajar dapat memahami idea dan kreativiti masyarakat serta dapat mengetahui selok belok teknik dan proses penciptaan hasil karya mereka.

Fasa yang ketiga ialah penggunaan bahan. Dalam penggunaan bahan kaedah demonstrasi dan kaedah eksperimen adalah amat sesuai digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni secara yang lebih berkesan. Sebagaimana kata Mark Luca dan Robert Kent dalam bukunya ArtEducation: Strategies of teaching (1968):

Demonstration and any information regarding material and technique usually short precede the motivation of the lesson so that, fired up, the student can launch directly into their work.

Dalam fasa ini pelaiar-pelajar dapat menggunakan empat pendekatan iaitu kawalan, adaptasi, pemilihan dan eksperimen dalam menggunakan bahan-bahan ketika menghasilkan karya seni. BAan-baban tersebut dari seringan-ringannya seperti kertas sehingga seberat-beratnya seperti besi merupakan platform dan bahantara penting bagi pelajar melahirkan perasaan, fikiran dan hasratnya.

Kesimpulan
Pengajaran pendidikan seni yang berkesan memang bermula dari guru kemudian berkembang kepada kaedah dan teknik pengajaran, bahan yang digunakan hinggalah kepada produk yang dihasilkan. Selain itu pelajar-pelajar juga penting - minat dan bakat merupakan dimensi-dimensi yang wajar digilap dan diasuh oleb guru sehingga menjadi satu sumber penting dalam pengajaran yang lebih berkesan.

No comments: